3 Phone Terbaik Tahan Lasak Budget Bawah RM500!!

Oleh: Muhammad Aizat
Baru-baru ini, kedai kami di Agoh sering diajukan dengan soalan yang sama dari customer yang datang ke kedai iaitu
"Bang, ada tak phone tahan lasak budget bawah RM 500?"
Mungkin ada yang terkejut atau tergelak bila dengar soalan ni. Mana tidaknya! telefon bimbit yang tahan lasak pada harga bawah RM 500 amat mustahil kerana kualiti tidak seiring dengan harga yang diminta.
Kalau soalan ni diajukan pada tahun 2020, mungkin kami pun akan kata, “Susah, bang.”
Tapi sekarang dah masuk tahun 2025, dan realitinya dah berubah, soalan ini bukanlah apa-apa bagi kami kerana sekarang telefon bimbit yang tahan lasak semakin banyak ada di pasaran.
Berikut adalah tiga pilihan terbaik yang kami recommend:
1. Oppo A3x 4G

Oppo A3x mula dilancarkan di Malaysia pada bulan Ogos 2024. Telefon bimbit ini dikhabarkan mempunyai ketahanan badan yang baik sehingga disahkan "Military-Grade Shock Resistance" oleh Oppo sendiri.
Spec:
Chipset: Snapdragon 6s 4G Gen1
Android: 14
Battery: 5100 mAh dengan 45w pengecasan pantas
Telefon bimbit ini juga 'waterproof' sehingga terkena tangan yang basah dan percikan air pun tiada masalah. Harganya? serendah RM 299 sahaja!!
2. Vivo Y04 4G

Vivo Y04 mula dilancarkan di Malaysia pada 19 April 2025. Telefon bimbit ini telah mendapat 'SGS Five-Star Drop Resistance' yang mana menerima 5 bintang dari segi ujian ketahanan kelasakan.
Spec:
Chipset: Unisoc T7225
Android: 14
Battery: 5500 mAh dengan 15w pengecasan pantas.
Telefon bimbit ini juga 'waterproof' dengan IP64 kalis habuk dan air. Percikan air dan tangan basah tiada masalah. Boleh didapati pada harga serendah RM 399.
3. Vivo y19s Pro 4G

Seterusnya, Vivo y19s Pro yang mana mempunyai fungsi yang lebih baik dari Vivo Y04 di atas. Vivo y19s Pro 4G baru sahaja dilancarkan pada hujung bulan Mei 2025.
Spec:
Chipset: Unisoc T612
Android: 14
Battery: 6000 mAh dengan 44w pengecasan pantas (lebih besar dan laju dari Vivo tadi)
Telefon bimbit ini juga kalis air dan habuk dengan IP64. Boleh didapati pada harga serendah RM 499 sahaja.
Kesimpulannya, hanya terdapat 3 sahaja telefon bimbit yang tahan lasak bajet bawah RM 500 di kedai kami, Agoh. (tapi jangan risau, mungkin akan ada update lagi nanti!)
Jadi, pendapat korang macam mana? Yang mana lebih berbaloi dan menambat hati?
Jika berminat dapatkan sekarang ketiga-tiga phone tahan lasak ini dengan 5 tahun waranti di Agoh!
PM: https://linktr.ee/agoh.my